Kamis, 17 Juni 2010

Kandungan Halaman Web Yang Baik

Halaman Web Yang Baik
Jika kita memasuki halaman-halaman Web yang bagus kita akan mendapati halaman-halaman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang sesuai untuk semua halaman Web dan boleh dijadikan sebuah garis panduan khusus untuk membina satu halaman Web yang lengkap dan baik. Penasaran? Mau?

Peta situs (site map)
Susunan halaman Web yang teratur dan disertakan sambungan-sambungan yang jelas akan menjadi daya tarikan kepada pembaca. Bagi mendapatkan "output" yang menarik disarankan anda membuat peta situs iaitu "outline" bagi halaman Web anda dengan menunjukkan ide dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya. Peta situs ini juga memaparkan struktur heirarki untuk situs Web anda. Susunkan kesemua data dan informasi yang ingin anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan pembaca anda memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke halaman Web anda jika ia dapat memenuhi apa yang dikehendakinya. 

Navigation Bar
Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap halaman Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap halaman depan Web dan hendaklah konsisten antara satu sisi halaman dengan sisi halaman yang lain. Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu halaman Web. Terdapat juga halaman Web yang membagi halaman depan mereka dengan dua bagi : satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Reka bentuk begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun bukan Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks saja . Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu halaman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap bukan Navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan bukan depan yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan depan-depan lain atau buatkan ia sebagai bukan tidak aktif. Sebagai tambahan masukkan bukan "back" dan "foward" ataupun "previous" dan "next" bagi menyenangkan pembaca. 

Depan profil
Jangan hairan jika ada sesetengah halaman Web tidak mengandungi depan berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika halaman Web "misteri" itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan terdapat sambungan di dalam halaman Web anda yang membolehkan pembaca email anda. Email saja tidak mencukupi. Pastikan anda memasuki cara-cara lain seperti ruang komentar (feedback) untuk pembaca berhubung dengan anda. Anda diingatkan untuk memasukkan nama dan alamat surat menyurat anda. 

Borang komen
Ruang komentar membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala melayan pemanggil-pemanggil. Sebaliknya anda hanya perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui email ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam halaman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam halaman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca. 

Kandungan yang menyeronokkan
Pembaca berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu halaman Web. Anda harus membina halaman Web yang dapat memberikan pembaca apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke halaman Web anda. anda tidak perlu risau tentang ruangan kerana tidak ada ruangan yang terhad di dalam internet. 

Soalan lazim (FAQ - frequently asked question)
Anda mungkin berhadapan dengan soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlaianan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda boleh menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan kepada anda. Kebanyakan halaman Web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bagi atas sisi halaman surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan, dan mereka akan disambungkan kepada jawapan kepada soalan berkenaan. 

Grafik
Teknologi terkini internet membolehkan bukan saja teks malah grafik dipamirkan di dalam halaman Web anda. Ini akan memnampakkan keceriaan di dalam halaman Web anda dan membuatkannya sekaligus tampak menarik. Pilihlah imej yang dapat menyalurkan maklumat dan tidak membebankan. Buatkan imej yang kecil dan "fast-loading" kerana pembaca tidak suka menunggu terlalu lama untuk sesuatu depan itu muncul kesemuanya. Bagi mengoptimakan imej, gunakan imej di dalam format 16-color. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik terutama pada navigation bar anda. Grafik bagi navigation bar anda akan muncul di setiap halaman depan Web anda membolehkan proses load setiap depan lebih cepat dengan adanya cache. Anda juga boleh merancang memberi pilihan kepada pembaca yang ingin membaca halaman Web anda di dalam versi teks saja untuk mengelakkan kesesakan. 

Mekanisma pencari
Memasukkan mekanisma pencari di dalam halaman Web anda dapat membantu pembaca. Pembaca hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai depan di dalam situs Web anda yang mengandungi perkataan tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika halaman Web yang besar mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di"maintain" sebaik saja ia di"install" ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut. 

Depan berita
Situs Web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pembaca. Anda boleh menggunakan teks ataupun ikon "New" untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang telah anda masukkan ke dalam halaman Web anda. Anda juga boleh menwujudkan satu depan khas untuk menyenaraikan berita-berita terbaru. Setelah berlalu satu jangka masa yang ditetapkan anda perlulah memindahkan informasi berkenaan ke dalam kategori yang bersesuaian dan menggantikan pula dengan berita yang baru. Untuk menyenangkan pembaca, sertakan tarikh akhir anda mengemaskini halaman Web anda. Pembaca tentu mahu tahu sama ada berita terkini anda merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk. Tetapkanlah satu jangkamasa sama ada setiap minggu atau dua kali seminggu untuk mengemaskini halaman Web anda. 

Sambungan yang relevan
Salah satu komponen utama situs Web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain situs Web yang berkenaan. Satu halaman Web yang bagus ialah halaman Web yang menawarkan sambungan ke halaman Web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Anda boleh menawarkan bukan setakat sambungan saja , malah anda boleh memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan situs Web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih halaman Web yang mempunyai topik yang dikehendaki.

SEMOGA BERMANFAAT ^_^

0 komentar:

Posting Komentar